The Government of Brunei Darussalam

Struktur organisasi Institut Pengajian Islam dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:

1. Hal Ehwal Pentadbiran.

2. Hal Ehwal Akademik.

Dalam menjalankan pentadbiran dan Akademik Institut, Pengarah dikawal oleh Majlis Institut Pengajian Islam dan Lembaga Akademik Institut Pengajian Islam.

Hal Ehwal Pentadbiran

    1. Institut Pengajian Islam diketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh seorang Timbalan Pengarah untuk mengendalikan hal ehwal pentadbiran.

    2. Sentiasa bersedia memberi laporan dan penerangan mengenai Institut kepada Menteri  dan Majlis Institut Pengajian Islam.

    3. Mengawal para Pensyarah, Pegawai, Kakitangan, bangunan dan harta benda serta segala yang bersangkutan dengan Institut Pengajian Islam.

    4. Mengawal Pelajar dan peraturan tatatertib serta mengambil tindakan yang bersesuaian mengenainya.


Hal Ehwal Akademik / Kursus

Struktur Jabatan:

Setiap jabatan diketuai oleh seorang Ketua yang dilantik oleh Pengarah yang bertanggungjawab terhadap kursus-kursus di Institut.

Dalam bahagian ini terdapat tiga buah jabatan iaitu:

    • Jabatan Syariah.
    • Jabatan Usuluddin
    • Jabatan Bahasa Arab

STRUKTUR KURSUS

Kursus-kursus yang terdapat di Institut Pengajian Islam ialah:

    • Kursus Asasi
    • Kursus Lanjutan / Bermusim


Kursus Asasi

Kursus Diploma Pengajian Islam

Kursus ini mempunyai tiga jurusan iaitu:

    • Jurusan Syariah.
    • Jurusan Usuluddin.
    • Jurusan Lughah Arabiah

Syarat untuk memasuki kursus ini antaranya ialah calon hendaklah memiliki Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB). Tempoh kursus ialah tiga tahun.


Kursus Lanjutan / Bermusim

    • Kursus Takhassus Taffaqquh Fiddin
      • Kursus ini merupakan kursus lanjutan bagi pemegang ijazah pertama dalam pengajian Islam. Ianya kursus sepenuh masa selama dua tahun dan bahasa pengantarnya ialah Bahasa Arab.
    • Kursus Tahfiz Al-Quran
      • Kursus ini merupakan kursus sepenuh masa selama 4 tahun pernah dikendalikan oleh institut.
    • Kursus Lanjutan Seni Membaca Al-Quran
      • Kursus ini merupakan kursus sepenuh masa bagi guru-guru ugama selama 6 bulan (belajar) pernah dikendalikan oleh institut.
    • Kursus Ulangkaji Menjadi Pegawai Masjid
      • Kursus ini merupakan kursus sepenuh masa bagi guru-guru bagi guru-guru ugama selama 6 bulan (belajar) pernah dikendalikan oleh institut.
    • Kursus Ulangkaji Pegawai Masjid
      • Kursus ini merupakan kursus ulangkaji bagi pegawai-pegawai masjid selama lebih kurang 4 minggu pada waktu sebelah pagi hari-hari bekerja pernah dikendalikan oleh institut.
    • Kursus Perundangan Islam
      • Kursus ini merupakan kursus separuh masa selama 3 tahun untuk pegawai dan kakitangan di bahagian Kehakiman Syariah pernah dikendalikan oleh institut.


||
Misi | Matlamat | Objektif | Peranan | Struktur Organisasi | Piagam Pelanggan ||

||
Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||